Latarbelakang Blog Percutian Ke Sabah

Latarbelakang blog Tempat Menarik Di Sabah - Hi dan selamat datang ke blog tempat menarik di Sabah. Dalam page ni kami akan dedah sedikit sebanyak info mengenai background blog ni yang anda tak tahu.

Pada asalnya blog Tempat Menarik Di Sabah ni di bina sebagai tourism photo blog oleh seorang blogger wanita. Pembinaannya khusus untuk menampilkan tempat-tempat menarik di Sabah dalam bentuk gambar. Sebab kalau orang nak travel ke sana ke sini di Sabah ramai lebih suka tengok gambar dari baca artikel. Kan orang cakap a picture speaks a thousand words?

Itu matlamat penubuhannya sekitar tahun 2018. Hala tuju blog ini mulai berubah pada tahun 2020 apabila penulis blog ini menjadikannya sebuah blog pelancongan penuh informatif. Kalau boleh biarlah ia dijadikan sebagai online guide khusus mengenai tempat-tempat menarik di Sabah dalam Bahasa Melayu.

Blogger yang mengendalikan blog ini pada tahun 2020 menyedari kekurangan artikel-artikel informatif yang mengulas mengenai tempat-tempat menarik di Sabah dari perspektif peribadi. Kebanyakan artikel yang ada mengenai tempat menarik di Sabah kebanyakannya di tulis oleh pengunjung luar dari Semenanjung Malaysia dan bukannya oleh penduduk Sabah sendiri yang benar-benar menetap di Sabah.

Kalau dulu sekitar 2018 dan 2019 blog Tempat Menarik Di Sabah ni lebih banyak menampilkan short contents. Tapi apabila masuk ke sekitar pertengahan tahun 2020 blog ini mulai lebih banyak menampilkan long contents dalam bentuk artikel panjang diselang-seli dengan gambar untuk memberi penerangan penuh teliti.

Semuanya disebabkan menyedari kekurangan artikel tempat-tempat menarik di Sabah yang betul-betul informatif. Blogger yang mengendalikan blog ini mulai Julai 2020 bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat pelancongan berpejabat di Kota Kinabalu. Pengalaman luas dalam bidang pelancongan di dalam negeri Sabah pasti memberi kelebihan.

Setiap artikel yang ditulis lebih kepada perkongsian pengalaman peribadi dan pendapat blogger itu sendiri dari perspektif tertentu. Inilah sebenarnya yang pembaca mahukan. Zaman sekarang orang lebih suka baca pengalaman orang lain dan bukannya hanya review umum sahaja.

Apa Maksud BKI-12


Tiga huruf ini iaitu BKI adalah kod antarabangsa untuk Kota Kinabalu Internationa Airport. Saya sendiri juga tidak tahu apa maksud sebenar BKI.

Kalau taip di Google, ada banyak tafsiran yang dimunculkan. Tapi salah satu daripadanya adalah kod lapangan terbang yang digunakan oleh industri penerbangan di tahap antarabangsa.

Nombor "12" pula ada nombor kod untuk kewarganegaraan Malaysia yang lahir di negeri Sabah. Kalau tengok nombor IC orang Sabah kebanyakan mereka ada nombor "12" di pertengahan sebelum 4 angka terakhir mereka.

Dari situlah nama blog ini di ambil.

Pada mulanya tujuan asal adalah untuk memendekkan nama web link blog ni supaya mudah untuk pengunjung cari di Google. Tajuk asal blog ini adalah "Percutian Ke Sabah" namun telah di tukar untuk halatuju masa depan.

Kenapa Guna Blogspot Sahaja

Sebab saya hanya mahu memfokus kepada content sepenuhnya. Blog yang menggunakan platform Blogspot amat mudah untuk dikendalikan tanpa perlu terikat dengan hal-hal terknikal merangkumi domain, hosting, saiz gambar, plugins dan penggodaman.

Ramai blogger professional kata Blogspot ni hanya untuk newbie sahaja. Tapi sebenarnya bagi saya Blogspot ni paling ngam kalau betul-betul fokus nak masukkan content saja tanpa perlu terikat dengan hal-hal teknikal waluapun sedikit.

Saya sendiri sudah ada lebih dari 20 blog Wordpress dibina berlandaskan hosting berbayar, domain berbayar serta menggunakan theme berbayar. Untuk blog Tempat Menarik Di Sabah biarlah guna Blogspot saja. Sebab nak fokus kepada content creation sahaja. Selagi ikut terms and condition Google selagi itu kandungan blog tidak akan dipadam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan